Assalamualaikum & hello licious,
Saya sekadar ingin berkongsi tentang pembacaan saya mengenai alam rumah tangga.
Cerita ini terdapat dalam buku 'Alahai Pengantin Baru'
karya Datin Seri Latipah Abdullah, Dr. Amida abdulhamid & Jalilah
Buku ini sebenarnya hadiah hantaran Yapik buat kakak iparku.
Melihat kepada tajuknya yang menarik, aku pun pinjam dari kakak iparku.
Terima kasih daun keladi :))
---------
Yang membezakan Kekasih & Isteri....
Petang itu kami menuju ke Cheras dengan van syarikat. Kenderaan kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya berdekatan pusat membeli-belah di Bangsar kerana kerja-kerja melebarkan jalan. Memang membosankan, kenderaan mengengsot perlahan. Jam di tangan baru menunjukkan 3.30 petang. Saya dapat bayangkan bagaimana sesaknya nanti selepas waktu kerja apabila lautan kenderaan membanjiri kawasan ini untuk menuju ke pusat bandar.
Dalam kerut wajah yang rimas itu kami cuba berteka- teki bagi menghindarkan bosan. "Cuba cari di sekeliling kita apa yang membezakan pasangan kekasih dan suami?" duga saya. "Mudah saja, kalau kekasih singgul-singgul bahu dalam kereta lama-lama pun tak apa. Kalau suami isteri, tengok sebelah kita...nilailah sendiri, usik seorang teman.
Sepasang suami isteri dalam lingkungan usia 40-an, isterinya memandang lesu ke luar tingkap kereta, sementara si suami tangan kanannya pegang stereng, tangan kiri menyelak-nyelak akhbar. Tiada bercakap sepatah pun dengan pasangan.
The end, kalian nilailah sendiri rumusannya :))
Assalamualaikum.
With love, azaliahjsalleh
5 comments:
salaam....
dear, mungkin perpektif mcm ni yg buat pasangan suami isteri mcm kami(sy & suami) selalu di tegur & dipandang pelik...sbb suami kalau kami keluar slalu peluk pinggang & cium pipi dalam kereta always holding hands.. kami penah kena sergah dgn makcik ni ckp kami berzina & ada yg tolak sy sbb sy bertudung tapi bg lelaki peluk mcm tu( waktu tu I'm 3 month pregnant) sedih pun iya funny pun iya jgk.. smpai sy cadang pada suami nak gantung kad nikah di leher... smpai skrg kami dah 2 tahun bergelar suami isteri masih ada yg pandang pelik... :(
:) itulah alam berumah tangga berbeza sikap gedik tak tahu malu pasangan ber"kasih-kasihan" walau dimana2 bahkan rasa mcm tak mahu lepaskan kekasihnya walau sesaat..................
REMAJA SKRG BARU COUPLE PUN DAH MACAM LAKI BINI .
PUII...
aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/
hey azaliah, dah lama xbukak blog u.
my blog dah xboleh bukak. *sad
so i buat blog baru n follow u. yeay.hee
Post a Comment